Tuesday, August 13, 2013

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum..
Rasanya belum terlambat utk ucap selamat hari raya..
Maaf zahir dan batin buat semua rakan blogger..
Hehehehe..
Lama x update blog kn..
Sibuk ngan keja skolah..
Sibuk juga dgn raya..
Hehehee..
Amacm?dpt duit raya xsemua?mesti byk kn..
Saya?hmmmm..xdala duit raya thn nie..kasihan..dah tua la..tpi..masih muda apa...baru 19 tahun kn..
Sekarang nie..mc lgi mood raya..tapi hmm..keja skolah dh pggl2...tapi agak2 blh x siap ea sblm blik skul..

Okla itu sahaja entry kali ini...terima kasih sudi membaca..Apa2pun Selamat Hari Raya semua..

Friday, July 5, 2013

Cup Cake mudah.. :)

Assalamualaikum..
Huu dah lama nda update blog..
So..hari nie mw crita byk2 dan kongsi resepi ngan anda2 semua...hehehehe
Mula2 kita cerita pasal cup cake dulu..hehehehe..
Jujur ea..nie la 1st time sy buat cup cake...alhamdulillah jdi juga..
Resepi yg sy guna..buat mcm buat kek span sja...tu la mudah..

Bahan2:
~Telur 4biji
~Serbuk koko 1 cawan
~Tepung Gandum 2 cawan
~1 sdb ovelet
~1 sdk serbuk penaik
~1 sdk esen vanilla
~1 cawan gula
~1 cawan minyak masak
Cara2:
1.Putarkan telur,ovelet,gula n esen vanila hingga kembang..
2.Masukkan tepung gandum,serbuk koko n serbuk penaik yg telah diayak..
3.Putarkan pada kelajuan paling minimum,asalkan sebati..
4.Masukkan minyak masak,putarkan pada kelajuan paling minimum.
5.Dah sebati masukkan dalam bekas cup cake.
6.Bakar hingga masak.
7.Dah masak tggu sejuk..hiaskan ikut kreativiti. :)

Nie dia cup cake sy yg xseberapa..



Ok dah selesai kita cerita cup cake..skg cerita lain la pula ea..hehehe..kita cerita pasal kenduri pula..
Semalam..ada kenduri arwah di rumah nenek..nie dia gambar masa kenduri..tapi 1 gambar ja dpt kongsi..

 

Ramai juga yg datang..tapi kami yg lain ddk dkt dapur ja..hehehe..

Bulan Ramadhan dah dekat..semua yg xfull posa tu dah abis byr ke??hehehe..
Apa2pun..Selamat menjalani ibadat puasa..
Kepada geng2 Pra U senior..sama2 kita usaha buat PBS la ye..klw xsiap nnt xla dapat raya..
Terima kasih sudi membaca entry nie :)


Friday, June 14, 2013

Cerita2...

Assalamualaikum..huuu..lma x update blog..hari tu cuti skul..xda msa juga..sibuk ngan keja part time..hehehehe..Skg dah msuk sem3 STPM..harap2 smuanya akan baik2 shaja.. :)


 


Gambar atas tu..gambar kenangan masa keja part time d Restoran Al-Fath 2...masa nie kmi g katering org kwin..hehehehe..nasib baik xroboh pelamin pengantin..

Thursday, May 23, 2013

Senyum...

Assalamualaikum..
Gembiranya hari ini..xm sem2 dah hbis tggl sem 3 lgi..
Skg tawakal je la..
Heee...Lama x update blog..anda semua apa khabar?

Tuesday, April 30, 2013

Kisah di neraka..naudzubillah…

Assalamualaikum..

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. 

Takkan saya lupakan selama-lamanya. 

Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. 

Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, 

“Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. 

Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. 

Namun bau itu makin kuat. 

Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. 

Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. 

Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. 

Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. 

Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. 

Saya mengintai dari kejauhan. 

Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. 

Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. 

Saya muntah dibuatnya. 

Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. 

Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. 

Tiba-tiba suasana menjadi pegun. 

Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? 

Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. 

Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. 

Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. 

Yek, jelek sekali. 

Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. 

Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. 

Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. 

Makakan yang baik dan makanan yang jelek. 

Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. 

Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. 

Baunya seperti bau najis ayam. 

Ia busuk sekali. 

Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. 

Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. 

Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. 

Seketika, saya melihat kejauhan. 

Seorang yang kelihatan soleh. 

Wajahnya tampak kuat beribadat. 

Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. 

Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. 

Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. 

Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. 

Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. 

Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. 

Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. 

Seorang naqib? 

Ya, saya seorang naqib. 

Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? 

Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. 

Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. 

Saya mengintai jauh-jauh. 

Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. 

Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. 

Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. 

Itu adalah saudara saya. 

Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. 

Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.

Mereka memperjuangkan Islam. 

Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. 

Ini kisah benar. 

Saya mendengar dari rakan saya sendiri. 

Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. 

Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. 

Berpegangan tangan. 

Menunggang motosikal bersama-sama. 

Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu!!!

✿Na’uzubillah, Allahumma Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. 

Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? 

Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. 

Seorang tua bertongkat merapati saya. 

" Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. 

Terbeliak mata saya melihatnya. 

Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..

Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

c/p

Saturday, April 20, 2013

Ketenangan sebenar..


Syukur kadangkala lebih tinggi makamnya drp sabar.. 
Tgk video nie..penuh dgn pengajaran..


Sumber : youtube