Saturday, January 26, 2013

Manusia Boleh Berubah Saat2 Genting

Assalamualaikum tuan/puan yg cantik dan kacak..
Hehehehe...lama x update blog nie..
Sebelum tu harap2 masih sempat utk ucap salam maulidur rasul buat semua...
Hari ini...kita prgi buat kajian dgn soal selidik penduduk..bgi borang ja tus isi..
Pastu tanya dgn pemilik inap desa...sebab tajuk kerja projek p.am sy ttg inap desa..
Tapi pemilik xda...anaknya sahaja ada...so tanya ngn anaknya je la ea..
Hehehehe...masa diorang isu brg soal selidik sy tu..majoriti ckp...susahnya soalannya...perlu bfkir pjg utk mnjwbnya..
Heee...xsedar pula ea yg susah..yala..mana x susahnya...awl pagi sblm prgi buat kajian baru sibuk2 buat..
Itulah..manusia nie boleh berubah saat2 genting bukan?hee...mcm sy nie..nie dia antara gambar yg sempat ditangkap masa buat kajian.. : D


 

 


 

Semoga rakan2 lain yg turut membuat kerja2 projek dpt membuatnya dgn lancar..jika ada maklumat n perkongsian..kongsi2la dgn sy ea..
Ok...Terima kasih membaca :D




Monday, January 21, 2013

Pembawa Talasemia??

Assalamualaikum..Apa khabar?harap sihat semuanya.. :)Minggu nie dan minggu lalu sgt2 la sibuk...semua sbjek ada kerja pastu due pun dkat2 ja..Nie la dikatakan pelajar..sbr sjala...org bkrja pun byk jga kja kn...bukan kita sja..Tajuk entry kali nie ada kaitan dgn diri sy.. : / Hari nie...syok2 tgh tgk tv..hee byk kja ada pula masa tgk tv kn?update blog pun smpat..heheheHah...syok2 tgk tv...tb2 dpt msg..hari tu masa orentasi tng6 d sekolah lama...kmi ada diambil sampel darah..Cek utk tahu pembawa talasemia atw nda..so hari nie kwn2 dskolah kna bgtw kptsan..tb2 ada pula nama saya ea...tpi sy bkn pmbwa cuma disyaki pembwa...so pihak hospital syorkan utk ambil sampel darah semula..Hmmmm..xpa sbnrnya jdi pmbwa...yg pntg jgn nnt brkahwin dgn pmbwa..tpi cmna ea klw dh jodoh??hehehe...nie sy bgi sikit2 info tentang talasemia..

Apa itu Talasemia?Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Epidemiologi

Penghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.
Seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak.

Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak?Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak. 

Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major. Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.

Jenis-jenis Talasemia?Talasemia Major - Pesakit Talasemia Talasemia Minor - pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat. 

Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan Hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.

Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice) Kurang selera makan Kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati dan limpa Perubahan pada pembentukan tulang muka 

Bagaimana untuk mengesahkan Talasemia?Sejarah dan pemeriksaan fizikal. 

Penyelidikan makmal: Indeks Hematologi. Parameter Hematologi ini diukur menggunakan peralatan elektronik untuk mengira sel darah merah. Ianya untuk menilai ukuran dan isi padu sel darah merah dan jumlah hemoglobin yang terdapat di dalamnya. Talasemia disahkan apabila ukuran dan isi padu sel darah merah dan kepekatan hemoglobin di dalamnya menunjukkan berkurangan dengan jelas. Filem Darah dan morfologi sel darah merah. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sel darah merah kelihatan pucat dan lebih kecil dari ukuran normal dan yang paling penting kebanyakan mempunyai bentuk yang ganjil: anisocytosis, poikilocytosis. Hemoglobin electrophoresis. Proses ini adalah untuk memisahkan protein berlainan yang menghasilkan molekul Hemoglobin- contohnya HbA,HbA2, dan HbF. Bagi pengesahan penyakit Talasemia ditentukan di mana tahap Hemoglobin janin (HbF) adalah tinggi dari paras normal dan perbezaannya adalah antara 20-90%. HbA2 biasanya dikira sehingga 3% dari paras normal hemoglobin dewasa, boleh jadi tidak wujud, berkurangan, normal atau sedikit meningkat. 

Kaedah Molekular 
Kaedah ini adalah cara terbaik untuk mengesahkan atau mendapat maklumat yang khusus berkaitan dengan pengesahan penyakit, melalui kajian DNA. 

Bagaimana Talasemia dirawat?Pesakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali. Melalui cara ini ia dapat mengelakkan dari kekurangan darah akan menghindar dari kelihatan pucat dan memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Pesakit dapat hidup dan membesar secara normal.Ini akan menggalakkan sum-sum tulang rehat dan dengan ini pembentukan tulang adalah normal dan menjadi kuat serta muka kelihatan normal.Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ-organ utama seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin. Keadaan ini menyebabkan kegagalan organ-organ tersebut berfungsi. Zat besi yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui terapi ?Chelation? yang boleh diberi melalui suntikan atau pengambilan secara oral. Splenectomy (pembuangan limpa) ? mungkin perlu dilakukan dalam keadaan tertentu. Pemindahan sum-sum tulang mungkin diperlukan jika terdapat penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga. Penggunaan Terapi Genetik masih dalam peringkat kajian. Iron chelatorsKekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan peningkatan zat besi dan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk diabetes, kegagalan jantung dan penyakit hati.Pengambilan ubatan juga boleh digunakan untuk mengeluarkan lebihan zat besi dari darah. Ia dipanggil 'iron chelators' - yang berfungsi untuk membendung zat besi dan melepaskannya melalui buah pinggang.Ubatan ini biasanya diberi melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara perlahan untuk beberapa jam.Pemberian zat besi 'chelators' dari jenis tablet boleh diberi sekiranya rawatan infuse tidak sesuai atau tidak berkesan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk dan memerlukan pemerhatian yang teliti. Injection-desferal Oral-L1and ICL 670

Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?Jika tidak dirawat pesakit Talasemia akan mengalami gejala seperti yang di nyatakan di atas dan boleh membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk.Walaupun pemindahan darah dilakukan berulang kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi di dalam badan pesakit Talasemia. Dalam jangka masa panjang, pesakit yang mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon). Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation secara berkala.

Kualiti hidup pesakit TalasemiaPeningkatan pemulihan dalam pengurusan klinikal Talasemia Major sejak 10-20 tahun yang lalu telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit mampu dan mudah mendapatkan rawatan seperti yang di sarankan.

Bolehkah Talasemia dielakkan?Talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia
Sumber: -


Oleh itu..buatlah pemeriksaan awal utk mencegahnya..
Mencegah lebih baik drp mengubati.. :)

Tuesday, January 15, 2013

What Happening??

Assalamualaikum & Hai?Apa khabar...Baru kelmarin join segmen jom tingkatkan follower sampai lebam..Hari ini alhamdulillah follower dah sampai 22...heee xla byk pun mcm follower yg lain..Tapi syukur..drp xda kn?hehehehe..Hmm..Hari ini di sekolah org lain tajuk utk kerja projek PBS utk P.Am dah cnfirm..Kasihan..sy xsempat dah hbis masa...sy buat tema perniagaan..pastu tajuk ttg inap desa/homestay..Esok harap2 tjuk tu diluluskan la ea...aamiin.. :)Hmmm...hari ini xla byk sgt yg berlaku..semuanya berjalan seperti biasa..cuma cuaca hari ini agak sejuk..Haa..lagi 1..hari ini byk kerja skolah (tapi sempat pula update blog) heee...xpa skjap ja nie...xlma pun..Tajuk utk kerja BM isu pembuangan bayi..cni saya kongsikan beberapa isi utk krgn isu pembuangan bayi..

Kesan:
Mempunyai tiga kesan:· 
Kesan terhadap bayi· 
Kesan terhadap ibu yang melahirkan·
Kesan terhadap keluarga perempuan· 
Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.

Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat
Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.



Langkah:

  1. ibu bapa hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program  - ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak - lebih peka tentang isu keselamatan anak-anak terutamanya remaja - bijak memilih cara yang sesuai dalam menangani masalah perilaku anak
  2. mengadakan ceramah atau kempen - kempen kesedaran mengenai pembuangan bayi untuk pelbagai lapisan masyarakat - masyarakat perlu disedarkan bahawa isu pembuangan bayi ini amat serius
  3. menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk gadis/ibu muda yang hamil anak luar nikah dan ahli keluarga - membantu mereka dalam berdepan dengan stigma masyarakat dan elakkan trauma
  4. meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial - pendedahan yang cukup perlu agar mereka lebih arif dalam pergaulan - faham akan kesan/akibat tindakan mereka sekiranya gagal dalam membataskan pergaulan
  5. membanteras pengedaran bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutamanya golongan remaja - pendedahan terhadap bahan tidak bermoral - semakin meruntuhkan akhlak remaja - remaja akan terdorong untuk melakukan lebih banyak salah laku sosial
  6. menghentikan program hiburan melampau yang merosakkan akhlak - penganjuran acara hiburan hingga larut malam - anak muda bergaul bebas atau program hiburan yang bercanggah dengan gaya hidup dan lunas agama - perlu dielakkan

Sumber:1,2,3,4
Ok..itu sahaja utk kali ini..terima kasih sudi membaca..hehehe

Monday, January 14, 2013

Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam

Assalamualaikum..
Huu best kn tajuk entry kali nie..
Segmen ini saya join mestilah sbb nak tambah follower kn?
Nak Join?
Tekan Sini...



                                .

Saya layak join segmen nie sebab..follower saya baru 10..hehehehe

  

Ok...nak join..tekan sahaja di sini.. ^ __ ^
Terima Kasih...

Saturday, January 12, 2013

Segmen:Makanan & Minuman Kegemaran Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua follower & juga buat anda yg sdg membaca..
Apa Khabar?harap semuanya sihat..
Hari ini saya buat entry pasal segmen makanan & minuman kegemaran blogger malaysia..

Makanan kegemaran saya:-

 Soto/Bihun Sup


 Mee Goreng Ayam


 Nasi Putih Berlaukan Kari Ayam


 Ayam Masak Merah

Dan makanan plg saya suka : FISHCAKE bakar..hehehe..sedaaap cicah ngan lada n madu..

Minuman:-

Neslo Pink


Semua makanan n minuman kegemaran saya tu saya suka sbb...ianya menyelerakan n sedaaaap sgt2...dan juga mudah utk dimasak..hehehe

Nak join segmen nie?

 


Tekan sini kalau nak join..terima kasih..

Wednesday, January 9, 2013

Berita Mengejutkan..

Assalamualaikum..
Apa khabar anda hari ini?
Hari ini..seperti biasa..saya bangun utk ke sekolah..
Pastu tiba2 dapat msg..kna tnya.."kau dah tau psl c __ "
Pastu tanya blik.. "knp dgn dia"
Lalu dapat jawapan yg sungguh mengejutkan "dia meninggal dahh..."
Sangat2 nda percaya..antara percaya atau nda..saya pg skolah..
Sampai skolah..tnya ngan Amy..Amy pun nda tw...dan juga xpercaya..
Pastu tanya lagi ngan kwn yg lain..diorang pun xtw juga..
Pastu xlama tu...masa naik tangga mw masuk klas dgr Tcer suruh biro kebajikan kutip derma..
Masih juga saya nda percaya..
Sampailah kami 1 kelas prgi ziarah dia drumah...nampak seseorang yg tengah berbaring..org ramai...
Terfikir pula..Nnt saya mati akan adakah saya diziarah oleh rakan2...Bgaimana pula saya nanti..
Kmi semua sekelas masuk bergilir2 n salam ibunya..saya org pertama salam...hmmm...sedih sgt...
Pastu baca Yaasin...masih terasa kesedihannya..tapi saya xdpt lihat wajahnya sblm dimandikan...
Kami pun pulang ke sekolah...Dlm pjlnn..mc tbyg2 tangisan ibunya...kenangan mengenalinya wlwpn seketika...ianya ckup bermakna buat kami sekelas...Minggu lalu hari jumaat...last nmpak dia..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Aaamiiin..Al-Fatihah buat arwah...



Monday, January 7, 2013

Minggu Ke 2 Persekolahan

Assalamualaikum..
Hari ini minggu ke 2 persekolahan..
Seperti biasa...
Kerja makin byk..hehehe tapi sempat pula update blog kn..ahahaha
Xpa2..ambil masa skjp ja pun..xlama sgt..
Hah!hari ini saya ditanya.."kw skg Pra U senior dah kn?moga2 dpt msuk U"
Aaaamiiiiiin...
Pastu xlama tu pula...kna tanya pula "Cita-cita kw sebenarnya apa ya?"
Cita-cita sy sebenarnya mw jdi akauntan..tapi setelah dgr ckgu ckp..klw addmath xkdt..
Xpaya angan2 mw jadi akauntan..huuu
Sedihla juga dgr mcm tu..tapi xpa...doakan saya berjaya ya..
Lagipun rezeki manusia kan lain2..xsama..ada cepat ada yg lambat..
Apa2pun..selamat berjaya semua...yang penting usaha..


Thursday, January 3, 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum..
Apa khabar?
Owh..hari ini masuk hari ke 2 dah ke sekolah untuk tahun 2013..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. :)
Tapi tu la..
Penat..banyak keja mw dibuat..
Hah!hari tu ada yg mengatakan hari ini keluar keputusan STPM Penggal 1..
Tapi xda pula kn?
Kemungkinannya bulan tiga bari keluar kn?huh!lama lagi kn?
Xpa2..Sabar..Yg penting sekarang PBS..
Ada 3 PBS mw dibuat..BM,P.AM,SEJARAH...
Hmmm tapi sejarah nie...belum lagi pasti tema mana mw dipilih n apa tajuk mw dibuat..
Sesiapa yg ada pendapat share2 la dgn saya ya? >..<
Rasa2nya mw buat tema sejarah tempat atau sejarah perubatan dan kesihatan..
Tapi belum dapat buat keputusan..
Harap isnin dah boleh dapat buat tajuk la kn..heee

Tuesday, January 1, 2013

Hikmah Diam

Assalamualaikum semua..
Apa Khabar?
Rasanya belum terlambat ucapkan selamat tahun baru utk semua..
Esok dah mula aktiviti pembelajaran di sekolah..
Harap semuanya akan baik-baik sahaja..hee
Ok balik pada tajuk entry..
Hikmah diam..
ada beberapa hikmah diam yang saya tahu.. :)



~ Ibadah tanpa bersusah payah
~ Kehebatan tanpa kerajaan
~ Benteng tanpa pagar
~ Menutupi segala aib

Hebat bukan?
Hehehehe...
Tapi..
Ada orang yg suka diam tapi diamnya itu cara salah..
Contohnya :

~ Diam ,nda mw bergaul dgn org lain dan hanya bergaul dgn org tertentu sahaja.Cth:org kaya bergaul dengan yg kaya sahaja..

Ada bukan orang seperti ini?
Mengapa agaknya ya?
Mungkin sifatnya pemalu..hehehe
Tapi..
Sebaiknya2 diam disaat perlu..
Jangan terlalu mendiamkan diri..
Nnt xda org peduli ngn kita..
Kita mati nnt pun bukan msuk sendiri dalam kubur..
Hehehe..
Sama - sama kita perbaiki diri..