Tuesday, January 15, 2013

What Happening??

Assalamualaikum & Hai?Apa khabar...Baru kelmarin join segmen jom tingkatkan follower sampai lebam..Hari ini alhamdulillah follower dah sampai 22...heee xla byk pun mcm follower yg lain..Tapi syukur..drp xda kn?hehehehe..Hmm..Hari ini di sekolah org lain tajuk utk kerja projek PBS utk P.Am dah cnfirm..Kasihan..sy xsempat dah hbis masa...sy buat tema perniagaan..pastu tajuk ttg inap desa/homestay..Esok harap2 tjuk tu diluluskan la ea...aamiin.. :)Hmmm...hari ini xla byk sgt yg berlaku..semuanya berjalan seperti biasa..cuma cuaca hari ini agak sejuk..Haa..lagi 1..hari ini byk kerja skolah (tapi sempat pula update blog) heee...xpa skjap ja nie...xlma pun..Tajuk utk kerja BM isu pembuangan bayi..cni saya kongsikan beberapa isi utk krgn isu pembuangan bayi..

Kesan:
Mempunyai tiga kesan:· 
Kesan terhadap bayi· 
Kesan terhadap ibu yang melahirkan·
Kesan terhadap keluarga perempuan· 
Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.

Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat
Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.



Langkah:

  1. ibu bapa hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program  - ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak - lebih peka tentang isu keselamatan anak-anak terutamanya remaja - bijak memilih cara yang sesuai dalam menangani masalah perilaku anak
  2. mengadakan ceramah atau kempen - kempen kesedaran mengenai pembuangan bayi untuk pelbagai lapisan masyarakat - masyarakat perlu disedarkan bahawa isu pembuangan bayi ini amat serius
  3. menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk gadis/ibu muda yang hamil anak luar nikah dan ahli keluarga - membantu mereka dalam berdepan dengan stigma masyarakat dan elakkan trauma
  4. meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial - pendedahan yang cukup perlu agar mereka lebih arif dalam pergaulan - faham akan kesan/akibat tindakan mereka sekiranya gagal dalam membataskan pergaulan
  5. membanteras pengedaran bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutamanya golongan remaja - pendedahan terhadap bahan tidak bermoral - semakin meruntuhkan akhlak remaja - remaja akan terdorong untuk melakukan lebih banyak salah laku sosial
  6. menghentikan program hiburan melampau yang merosakkan akhlak - penganjuran acara hiburan hingga larut malam - anak muda bergaul bebas atau program hiburan yang bercanggah dengan gaya hidup dan lunas agama - perlu dielakkan

Sumber:1,2,3,4
Ok..itu sahaja utk kali ini..terima kasih sudi membaca..hehehe

No comments: