Tuesday, January 15, 2013

What Happening??

Assalamualaikum & Hai?Apa khabar...Baru kelmarin join segmen jom tingkatkan follower sampai lebam..Hari ini alhamdulillah follower dah sampai 22...heee xla byk pun mcm follower yg lain..Tapi syukur..drp xda kn?hehehehe..Hmm..Hari ini di sekolah org lain tajuk utk kerja projek PBS utk P.Am dah cnfirm..Kasihan..sy xsempat dah hbis masa...sy buat tema perniagaan..pastu tajuk ttg inap desa/homestay..Esok harap2 tjuk tu diluluskan la ea...aamiin.. :)Hmmm...hari ini xla byk sgt yg berlaku..semuanya berjalan seperti biasa..cuma cuaca hari ini agak sejuk..Haa..lagi 1..hari ini byk kerja skolah (tapi sempat pula update blog) heee...xpa skjap ja nie...xlma pun..Tajuk utk kerja BM isu pembuangan bayi..cni saya kongsikan beberapa isi utk krgn isu pembuangan bayi..

Kesan:
Mempunyai tiga kesan:· 
Kesan terhadap bayi· 
Kesan terhadap ibu yang melahirkan·
Kesan terhadap keluarga perempuan· 
Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.

Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat
Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.



Langkah:

  1. ibu bapa hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program  - ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak - lebih peka tentang isu keselamatan anak-anak terutamanya remaja - bijak memilih cara yang sesuai dalam menangani masalah perilaku anak
  2. mengadakan ceramah atau kempen - kempen kesedaran mengenai pembuangan bayi untuk pelbagai lapisan masyarakat - masyarakat perlu disedarkan bahawa isu pembuangan bayi ini amat serius
  3. menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk gadis/ibu muda yang hamil anak luar nikah dan ahli keluarga - membantu mereka dalam berdepan dengan stigma masyarakat dan elakkan trauma
  4. meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial - pendedahan yang cukup perlu agar mereka lebih arif dalam pergaulan - faham akan kesan/akibat tindakan mereka sekiranya gagal dalam membataskan pergaulan
  5. membanteras pengedaran bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutamanya golongan remaja - pendedahan terhadap bahan tidak bermoral - semakin meruntuhkan akhlak remaja - remaja akan terdorong untuk melakukan lebih banyak salah laku sosial
  6. menghentikan program hiburan melampau yang merosakkan akhlak - penganjuran acara hiburan hingga larut malam - anak muda bergaul bebas atau program hiburan yang bercanggah dengan gaya hidup dan lunas agama - perlu dielakkan

Sumber:1,2,3,4
Ok..itu sahaja utk kali ini..terima kasih sudi membaca..hehehe

Monday, January 14, 2013

Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam

Assalamualaikum..
Huu best kn tajuk entry kali nie..
Segmen ini saya join mestilah sbb nak tambah follower kn?
Nak Join?
Tekan Sini...



                                .

Saya layak join segmen nie sebab..follower saya baru 10..hehehehe

  

Ok...nak join..tekan sahaja di sini.. ^ __ ^
Terima Kasih...

Saturday, January 12, 2013

Segmen:Makanan & Minuman Kegemaran Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua follower & juga buat anda yg sdg membaca..
Apa Khabar?harap semuanya sihat..
Hari ini saya buat entry pasal segmen makanan & minuman kegemaran blogger malaysia..

Makanan kegemaran saya:-

 Soto/Bihun Sup


 Mee Goreng Ayam


 Nasi Putih Berlaukan Kari Ayam


 Ayam Masak Merah

Dan makanan plg saya suka : FISHCAKE bakar..hehehe..sedaaap cicah ngan lada n madu..

Minuman:-

Neslo Pink


Semua makanan n minuman kegemaran saya tu saya suka sbb...ianya menyelerakan n sedaaaap sgt2...dan juga mudah utk dimasak..hehehe

Nak join segmen nie?

 


Tekan sini kalau nak join..terima kasih..

Wednesday, January 9, 2013

Berita Mengejutkan..

Assalamualaikum..
Apa khabar anda hari ini?
Hari ini..seperti biasa..saya bangun utk ke sekolah..
Pastu tiba2 dapat msg..kna tnya.."kau dah tau psl c __ "
Pastu tanya blik.. "knp dgn dia"
Lalu dapat jawapan yg sungguh mengejutkan "dia meninggal dahh..."
Sangat2 nda percaya..antara percaya atau nda..saya pg skolah..
Sampai skolah..tnya ngan Amy..Amy pun nda tw...dan juga xpercaya..
Pastu tanya lagi ngan kwn yg lain..diorang pun xtw juga..
Pastu xlama tu...masa naik tangga mw masuk klas dgr Tcer suruh biro kebajikan kutip derma..
Masih juga saya nda percaya..
Sampailah kami 1 kelas prgi ziarah dia drumah...nampak seseorang yg tengah berbaring..org ramai...
Terfikir pula..Nnt saya mati akan adakah saya diziarah oleh rakan2...Bgaimana pula saya nanti..
Kmi semua sekelas masuk bergilir2 n salam ibunya..saya org pertama salam...hmmm...sedih sgt...
Pastu baca Yaasin...masih terasa kesedihannya..tapi saya xdpt lihat wajahnya sblm dimandikan...
Kami pun pulang ke sekolah...Dlm pjlnn..mc tbyg2 tangisan ibunya...kenangan mengenalinya wlwpn seketika...ianya ckup bermakna buat kami sekelas...Minggu lalu hari jumaat...last nmpak dia..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Aaamiiin..Al-Fatihah buat arwah...



Monday, January 7, 2013

Minggu Ke 2 Persekolahan

Assalamualaikum..
Hari ini minggu ke 2 persekolahan..
Seperti biasa...
Kerja makin byk..hehehe tapi sempat pula update blog kn..ahahaha
Xpa2..ambil masa skjp ja pun..xlama sgt..
Hah!hari ini saya ditanya.."kw skg Pra U senior dah kn?moga2 dpt msuk U"
Aaaamiiiiiin...
Pastu xlama tu pula...kna tanya pula "Cita-cita kw sebenarnya apa ya?"
Cita-cita sy sebenarnya mw jdi akauntan..tapi setelah dgr ckgu ckp..klw addmath xkdt..
Xpaya angan2 mw jadi akauntan..huuu
Sedihla juga dgr mcm tu..tapi xpa...doakan saya berjaya ya..
Lagipun rezeki manusia kan lain2..xsama..ada cepat ada yg lambat..
Apa2pun..selamat berjaya semua...yang penting usaha..


Thursday, January 3, 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum..
Apa khabar?
Owh..hari ini masuk hari ke 2 dah ke sekolah untuk tahun 2013..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. :)
Tapi tu la..
Penat..banyak keja mw dibuat..
Hah!hari tu ada yg mengatakan hari ini keluar keputusan STPM Penggal 1..
Tapi xda pula kn?
Kemungkinannya bulan tiga bari keluar kn?huh!lama lagi kn?
Xpa2..Sabar..Yg penting sekarang PBS..
Ada 3 PBS mw dibuat..BM,P.AM,SEJARAH...
Hmmm tapi sejarah nie...belum lagi pasti tema mana mw dipilih n apa tajuk mw dibuat..
Sesiapa yg ada pendapat share2 la dgn saya ya? >..<
Rasa2nya mw buat tema sejarah tempat atau sejarah perubatan dan kesihatan..
Tapi belum dapat buat keputusan..
Harap isnin dah boleh dapat buat tajuk la kn..heee

Tuesday, January 1, 2013

Hikmah Diam

Assalamualaikum semua..
Apa Khabar?
Rasanya belum terlambat ucapkan selamat tahun baru utk semua..
Esok dah mula aktiviti pembelajaran di sekolah..
Harap semuanya akan baik-baik sahaja..hee
Ok balik pada tajuk entry..
Hikmah diam..
ada beberapa hikmah diam yang saya tahu.. :)



~ Ibadah tanpa bersusah payah
~ Kehebatan tanpa kerajaan
~ Benteng tanpa pagar
~ Menutupi segala aib

Hebat bukan?
Hehehehe...
Tapi..
Ada orang yg suka diam tapi diamnya itu cara salah..
Contohnya :

~ Diam ,nda mw bergaul dgn org lain dan hanya bergaul dgn org tertentu sahaja.Cth:org kaya bergaul dengan yg kaya sahaja..

Ada bukan orang seperti ini?
Mengapa agaknya ya?
Mungkin sifatnya pemalu..hehehe
Tapi..
Sebaiknya2 diam disaat perlu..
Jangan terlalu mendiamkan diri..
Nnt xda org peduli ngn kita..
Kita mati nnt pun bukan msuk sendiri dalam kubur..
Hehehe..
Sama - sama kita perbaiki diri..